Welcome to NiagaHub Management System

Welcome to NiagaHub

Terma & Syarat

Kemaskini terakhir: 1 Jan, 2026

Pengenalan

Terma & Syarat ini mengawal penggunaan sistem, aplikasi dan laman web NiagaHub. Dengan mengakses atau menggunakan perkhidmatan NiagaHub, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan di bawah.

Definisi
  • NiagaHub merujuk kepada sistem, aplikasi dan platform digital yang dibangunkan oleh Niaga Kreatif Resources.
  • Pengguna merujuk kepada individu atau organisasi yang mendaftar dan menggunakan perkhidmatan NiagaHub.
  • Kami merujuk kepada pihak pengendali dan pemilik NiagaHub.
  • Platform merujuk kepada brand/domain di bawah pengurusan NiagaHub.
Kelayakan Pengguna
  • Pengguna mestilah berumur 18 tahun ke atas atau mendapat kebenaran penjaga yang sah.
  • Pengguna bertanggungjawab memastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat, benar dan terkini.
Akaun & Keselamatan
  • Akses hanya dibenarkan untuk pengguna berdaftar dan ditentukan mengikut peranan serta platform.
  • Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan akaun masing-masing.
  • Pengguna dilarang berkongsi kata laluan, OTP, atau akses akaun kepada pihak ketiga.
  • Segala aktiviti yang berlaku melalui akaun pengguna dianggap sebagai tanggungjawab pengguna tersebut.
  • Jika mengesyaki akses tanpa kebenaran, pengguna perlu memaklumkan kepada pihak NiagaHub dengan segera.
  • Penggunaan akaun bagi pihak pihak ketiga tanpa kebenaran adalah dilarang.
Penggunaan Platform
  • Pengguna bersetuju menggunakan NiagaHub untuk tujuan operasi yang sah dan selaras dengan polisi platform.
  • Pengguna dilarang menyalahgunakan sistem untuk aktiviti penipuan, spam, atau sebarang tindakan yang melanggar undang-undang.
  • Pengguna dilarang cuba menggodam, mengubah, mengganggu, atau merosakkan sistem NiagaHub termasuk server, API, dan pangkalan data.
  • Pengguna dilarang memuat naik atau menyebarkan kandungan berbahaya seperti malware, virus, atau pautan yang mencurigakan.
Data & Privasi
  • Pengendalian maklumat peribadi pengguna adalah tertakluk kepada Dasar Privasi NiagaHub.
  • Data pengguna adalah sulit dan tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang atau pihak berkuasa.
  • NiagaHub boleh mengumpul data teknikal seperti alamat IP, jenis peranti/pelayar, log akses, dan data penggunaan untuk tujuan keselamatan dan penambahbaikan sistem.
Kandungan & Tanggungjawab Pengguna
  • Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kandungan, data, fail, maklumat, atau rekod yang dimuat naik atau diuruskan dalam sistem.
  • Pengguna memastikan kandungan yang digunakan tidak melanggar hak cipta, tanda dagang, atau hak pihak lain.
  • NiagaHub tidak bertanggungjawab terhadap kerugian akibat maklumat tidak tepat, kesilapan input, atau penyalahgunaan sistem oleh pengguna.
Pembayaran & Caj (Jika Berkaitan)
  • Jika perkhidmatan tertentu dikenakan bayaran, pengguna bersetuju untuk menjelaskan caj mengikut pelan/terma yang dipaparkan.
  • Semua transaksi adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) kecuali dinyatakan sebaliknya.
  • Bayaran yang telah dibuat tidak boleh dikembalikan, kecuali dinyatakan secara bertulis oleh pihak NiagaHub.
  • NiagaHub berhak menangguhkan akses atau ciri tertentu jika berlaku kegagalan pembayaran.
Ketersediaan Sistem
  • Kami berusaha memastikan NiagaHub beroperasi dengan stabil, namun tidak menjamin akses tanpa gangguan sepanjang masa.
  • NiagaHub boleh menjalankan penyelenggaraan berkala (maintenance) yang mungkin menyebabkan gangguan sementara.
  • NiagaHub tidak bertanggungjawab terhadap gangguan akibat faktor luar seperti kegagalan rangkaian, pihak hosting, atau bencana.
Had Liabiliti
  • Penggunaan NiagaHub adalah atas risiko pengguna sendiri.
  • NiagaHub tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian langsung atau tidak langsung, termasuk kehilangan data, kehilangan keuntungan, atau gangguan operasi.
  • NiagaHub tidak bertanggungjawab terhadap tindakan pihak ketiga di luar kawalan kami.
Penamatan Akaun
  • NiagaHub berhak menggantung atau menamatkan akaun pengguna tanpa notis sekiranya berlaku pelanggaran Terma & Syarat.
  • Pengguna boleh memohon penamatan akaun dengan menghubungi saluran rasmi NiagaHub.
  • Selepas penamatan, akses kepada sistem akan dihentikan dan data mungkin dipadam mengikut polisi simpanan data yang ditetapkan.
Perubahan Terma & Syarat
  • NiagaHub berhak mengemas kini atau mengubah Terma & Syarat ini pada bila-bila masa.
  • Perubahan akan berkuat kuasa selepas dipaparkan di laman web atau dalam sistem NiagaHub.
  • Penggunaan berterusan selepas perubahan dianggap sebagai persetujuan pengguna terhadap terma yang dikemas kini.
Undang-Undang Terpakai
  • Terma & Syarat ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
  • Sebarang pertikaian akan dirujuk kepada bidang kuasa mahkamah di Malaysia.
Hubungi Kami
  • Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Terma & Syarat ini, sila rujuk kepada pentadbir NiagaHub atau pihak pengurusan Niaga Kreatif Resources.